Pembinaan Menara YTL ~ SK KAMPONG JAWA, SEGAMAT

Tuesday, June 26, 2012

Pembinaan Menara YTL


Pertengahan bulan Jun 2012, projek pembinaan menara komunikasi YTL didalam kawasan sekolah telah bermula setelah mendapat kelulusan dari pihak-pihak tertentu. Diharap dengan terbinanya menara komunikasi ini, sekolah akan menerima perkhidmatan jalur lebar yang lebih baik pada masa akan datang.

2 Komen:

Anonymous said...

projek tersebut amat baik,tapi adakah akan memberi kesan sampingan kepada kesihatan pelajar-pelajar?

Cuckoo Officials (+6013.733.3030) Iskandar said...

terima kasih atas pertanyaan tersebut... untuk pengetahuan tuan menara telekomunikasi seperti yang terdapat di dalam kawasan Sekolah Kebangsaan Kampong Jawa ini mengeluarkan radiasi yangamat sedikit jika dibandingkan dengan telefon bimbit yang kini kita gunakan.

Berikut sedikit fakta berkenaan kadar radiasi dan status keselamatan berkenaan pemancar disekolah.

1) Dimalaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah menetapkan pancaran EMF tidak melebihi 40volt/meter bagi kawasan penempatan, 6v/m bagi kawasan berisiko seperti sekolah, hospital dan stesen minyak.

2)Kadar bahaya pancaran EMF yang telah ditetapkan oleh piawaian antarabangsa adalah 40v/meter.

3)Kajian SKMM secara rawak di beberapa buah negeri di Malaysia menunjukkan purata pancaran EMF adalah tidak melebihi 4v/meter.

4)Sesetengah pemancar akan menguatkan EMF mereka untuk mendapatkan lebih lingkungan kawasan tetapi tetap tidak melebihi kadar EMF yang ditetapkan.

5)Alat bacaan EMF boleh diperolehi oleh individu atau boleh menggunakan khidmat audit swasta dan sekiranya memperolehi bacaan yang melebihi atau diragui boleh mengajukan bantahan kepada SKMM atau Unit Nuklear Negara.