SK KAMPONG JAWA, SEGAMAT

Pandangan Hadapan Pintu Pagar Utama

Kawalan keselamatan amatlah dititikberatkan disepanjang sessi persekolahan. Semasa tamat persekolahan, pintu pagar yang menjadi laluan utama ibubapa menjemput pelajar ini akan sentiasa dikawalselia oleh pengawal keselamatan swasta.

Blok Baru

Menempatkan Pejabat, Bilik Guru, Kelas dan lain-lain..

Pendidikan Awal Prasekolah

Pendaftaran Prasekolah di SK Kampong Jawa, Segamat. Jangan terlepas mendaftar nama anak anda yang berumur 5-6 tahun sekarang....

Dataran Sejat

Satu satunya kawasan yang membolehkan pelajar SK Kampong Jawa menjalankan aktiviti kokurikulum seperti Bola Baling, Bola Jaring, Takraw dan sebagainya....

Tuesday, March 10, 2015

CUTI SEKOLAH 2015 KALENDAR TAKWIM PENGGAL PERSEKOLAHAN MALAYSIA

Bahagian pengurusan sekolah harian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menerbitkan perincian takwim persekolahan bagi tahun 2015
Kami yakin pastinya guru dan ibubapa memerlukan takwim sekolah 2015 bagi merancang aktiviti untuk pelajar dan anak-anak di musim persekolahan mahupun percutian
Sepanjang tempoh cuti penggal persekolahan macam-macam aktiviti dilakukan bersama seisi keluarga dan paling seronok anak dapat merehatkan diri secukupnya selain kemungkinan melawat destinasi tertentu di dalam atau luar negara.

Manfaatkan Cuti Sekolah
Bagi Ibubapa yang masih terfikir-fikir aktiviti apa yang memanfaat untuk anak-anak di musim cuti sekolah tahun 2015, Kami cadangkan bawa anak anda ke pusat penyelidikan atau konservasi berkaitan alam sekitar atau pertanian
Sebenarnya aktiviti ini menarik disamping anak-anak dapat membuat penyelidikan terhadap tumbuh-tumbuhan, haiwan hutan mahupun apa saja subjek diminati dan kumpul data sambil buat catatan untuk simpanan peribadi
Dengan pendedahan tersebut secara tidak langsung ibubapa mendidik anak-anak menimba ilmu memulihara alam sekitar dan aktif dalam pelbagai kegiatan membabitkan ekologi flora dan fauna.

Berikut kami sertakan lampiran perincian takwim persekolahan sesi 2015.






Tuesday, March 3, 2015

SKKJ MENGHANTAR PASUKAN ROBOTIK 2013 ??

 SKKJ MENGHANTAR PASUKAN ROBOTIK 2013 ??


Tahniah kepada SK Kampong Jawa kerana telah menghantar julung-julung kali Pasukan Robotik ke National Robotic Competition (NRC) di ITTHO, Batu Pahat,  Peringkat  Negeri Johor. Sekolah telah menghantar tiga pasukan  dan keputusan amat memberangsangkan memandangkan ia  kali pertama penyertaan pelajar.

SYABAS kepada semua pihak yang terlibat di atas semua kerjasama dan kerja keras anda. Bukan mudah untuk mendapat tempat terbaik memandangkan sebanyak  95 pasukan masing-masing ingin mengejar tempat untuk mewakili negeri Johor  ke Peringkat Kebangsaan. Tempat ke 13, 15 & 38 bukanlah mengecewakan kerana semua pelajar telah menunjukkan semangat juang yang tinggi. Sekali lagi TAHNIAH !!



Wednesday, July 25, 2012

Semakan Keputusan Pelajar



Berita baik kepada semua ibubapa dan penjaga pelajar, kini keputusan pelajar boleh diakses secara dalam talian menerusi link dibawah. Keputusan peperiksaan yang boleh diakses adalah untuk pelajar tahun 3 hingga tahun 6 bagi sekolah rendah dan Tingkatan 2 hingga Tingkatan 6 bagi sekolah menengah.

Semoga kemudahan seperti ini dapat memudahkan ibubapa dan penjaga mengikuti perkembangan pelajar secara berterusan.


Sebarang pertanyaan lebih lanjut sila berhubung dengan pihak sekolah masing-masing. Bagi ibubapa pelajar Sekolah Kebangsaan Kampong Jawa, Segamat sila hubungi 07-9319584 untuk sebarang pertanyaan.

Tuesday, June 26, 2012

Pembinaan Menara YTL


Pertengahan bulan Jun 2012, projek pembinaan menara komunikasi YTL didalam kawasan sekolah telah bermula setelah mendapat kelulusan dari pihak-pihak tertentu. Diharap dengan terbinanya menara komunikasi ini, sekolah akan menerima perkhidmatan jalur lebar yang lebih baik pada masa akan datang.

Friday, April 22, 2011

ZOOM A - Pemelajaran Interaktif Melalui Internet


Semua pelajar digalakkan untuk menggunakan kemudahan pembelajaran secara atas talian di portal di atas. Bagi pelajar SK Kampong Jawa, Segamat, maklumat seperti User Id Login dan Password boleh diperolehi dari Guru ICT sekolah anda.

Pelajar boleh mengakses portal ini dari mana-mana tempat yang ada perkhidmatan  internet samada  di sekolah mahupun di rumah. 

Portal ZOOM A ini juga menyediakan akses pemantauan kepada ibubapa bersekali dengan akses pelajar, sila dapatkan maklumat lebih lanjut dengan guru ICT.

Monday, April 11, 2011

Persekolahan 1 Sessi

Bermula pada hari ini (11hb April 2011) Sekolah Kebangsaan Kampong Jawa, Segamat telah mula melaksanakan sessi persekolahan sessi tunggal iaitu pada sessi pagi sahaja. Waktu persekolahan adalah seperti berikut :


Diharap perubahan ini akan memberi pelbagai kebaikan kepada semua.